"Harini asyik hujan jer,kenape hujan taknak berhenti? harini jer..sekejap pun jadilah.."
Pagi tadi teman bro Nujie pegi Gebeng, nak usyar tempat die nak buat Latihan Industri. cuaca amat baik pada mulanya. setelah sampai berhampiran kawasan kilang, tiba2 hujan turun, nasib baik tidak begitu lebat. cewah macam buat novel lak Incik Ayoi harini. tape, cerita diteruskan kami meredah hujan sampai baju pun dah 100% basah. Bile tengok baju nak sepenuhnya basah, kami mengambil keputusan untuk mencari tempat berteduh. Kami berborak panjang sambil menunggu hujan berhenti.
Selepas beberapa jam melepak, kami teruskan perjalanan untuk meronda-ronda kawasan kilang. Semangat bro Nujie semakin membuak-buak untuk memulakan Latihan Industrinya kerana agak kagum dengan kilang-kilang yang kami kunjungi (padehal LI lambat lagi). Rondaan kami selesai selepas kesemua kilang dikawasan Gebeng telah rentas satu per satu. Setelah selesai membuat rondaan, bro Nujie kelihatan berpuas hati. Lalu aku mengajaknya untuk membeli tiket bas ke JB selasa ni. Dia On jer. Hujan renyai menghempap kami semasa perjalanan pulang.
Pada sebelah malam pula si adik pula mengajak untuk bermandi manda die swimming pool dekat Wisma belia. Aku tidak menolak permintaannya. kami pergi ber4 bersama sepupu dan adik aku lagi sorang. selesai mandi, kami terus ke Teluk Chempedak untuk menempah *** ********** sebagai pemberianku pada Cik Ayu yang tercinta diulangtahun harijadinya. tetapi, hujan juga tidak mahu berhenti, disebabkan itu, brader tu tutup cepat arini, kami terlewat sikit jer. So, maybe kene datang balik sok. Kami balik tidak begitu hampa kerana kami terus ke Tanjung Lumpur untuk mengisi perut yang kosong selepas berenang kuak lengtang tadi (pandai ke berenang??).
p/s: Kenape ujan tak berhenti kejap tadi?? semua ada hikmahnya...
p/s lagi: knape ayat hari ni skema sangat??
No comments:
Post a Comment