Wednesday, January 12, 2011

Pinjaman?

Assalamualaikum..
berjumpe lagi kite dihari dan waktu yang berlainan (kunun2 mcm pengacare tv). arini aku nak tulis2 dan conteng2 sikit kat sini. kelmarin ade borak ngan Cik Ayu. Topik yang diborakkan ialah kitorang punye future. Smalam nak post entry ni, tapi tade mase la.

So aku post la arini yep. Salah satu yang aku ingat Cik Ayu sebut ialah, pembayaran pinjaman. Wallaweeeeiiii.....aku berkhayal rupanya selama ini... "Incik Sharul, anda dikenakan kompoun kerana tidak membayar satu sen pun kepada pihak kami wang sejumlah sekian2 pada hari yang ditetapkan"... Ya Allah...

Okey, tu boleh cerite lain kali. Sebab buat mase ni, aku pon tak keje agi. Nak bayar camner kalau tak kejr kan. Topik yang nak diceritakan harini ialah, aku a.k.a Incik Sharul beli ape ngan pinjaman tu? duk IPTS dekat ngan umah, barang2 study tak banyak mane, so kemane peginye duit tu?

Dengan ini Incik Sharul dengan ikhlasnye mempersembahkan...Taraaaaa.....



barang yang dibeli,

Pinjaman pertama:

Laptop Acer Aspire 4310
Ni barang 1st aku beli, dapat jer duit pinjaman KPTM trus order laptop ni kat spupu aku. pinjaman mase tu satu sem RM1500, laptop ni plak harge die RM1700, so terpakse la tambah duit MAPA kan. walaupun harge die tak mahal mane, laptop ni banyak sangat berjase kat aku. thankz alot my lappy, sebab tak banyak ragam. On 4hari tanpa cooler steady agi. :>

Pinjaman kedua:

Handphone Nokia N70
Sem dua ni aku tak terpikir lak nak beli gadget, aku pakai jer duit tu buat belanja. Selepas kehulur kehilir pusing2 kompleks, tetibe aku de ternampak lak Nokia N70 ni. Mase tu memang tengah top la model jenis ni, Symbian60 version2, dalam 70% software handphone ni support. Juga banyak berjasa kepada aku dan banyak aku blajar guna handphone ni. Skarang handphone ni sakit, bluetooth dan charger port dah rosak. So aku simpan buat kenangan.

Pinjaman ketiga:

Sony PSP2000
Sem3 aku praktikal (LI), mase LI tu pun dapat elaun, so ade gak la sumber pendapatan lain. Disebabkan oleh itu, pinjaman aku tade la luak sangat. Untuk menyimpan semua duit tu, tade terniat kot. Mase tu rase nak enjoy jer kan. Tak penah terpikir mase depan..huhuhu.. so dengan sedikit hasutan kawan2,aku beli la PSP ni. Memang dari dulu nak merase pakai.

Pinjaman keempat:

Pinjaman keempat ni aku tak guna untuk beli barang. Aku berbelanja secukup cukupnya. Ni disebabkan aku duk lua (umah sendiri) dan minyak motor pun hari-hari kene tuang. Makan pon kat lua, so tade pe yang boleh dibeli.

Abislah zaman ke'sijil'an aku. Seterusnya masuk zaman buat Diploma plak. Mase diploma, aku buat pinjaman PTPTN. semua orang tau akan pinjaman ni kan. Satu sem bagi diploma (integrasi) yang mengambil masa satu tahun macam aku dorang akan bayar RM2500 untuk satu sem. So satu tahun 2 sem, satu sem RM2500, 2 sem RM5000. Ape plak yang aku beli mase ni?

Pinjaman kelima:

External Hardisk Buffalo
Mase ni memang ngam2 la PCfair PICOM. Harini masuk pinjaman, esok ade PCfair, bagi aku memang akan menggila. huhuhuh.. tanpa tunggu lagi, trus ke Berjaya Megamall Kuantan untuk tengok gadget2 baru dan murah. Aku jumpe la external ni yang Anti gegar. Tanpa tunggu terus aku rembat.Yeay!!!
Tapi, pinjaman aku sem ni tak habis macam tu jer, aku sempat usyar handphone2 baru.

Nokia E71
Yelakan, handphone lame dah rosak, so aku nak cari yang baru. Ni Cik Ayu la yang hasut. Mase tu baru kenal die dan die tengah cari handphone. Die yang usyar handphone, aku yang beli dulu.

Pinjaman Keenam:

Microsoft Xbox360
Ni antara bende paling best aku beli. Puas ati aku..Hahahaha (ketawe jahat).

Okey...kat sini aku nak wat sikit pengiraan sume barang2 yang aku dah beli.

Laptop                                    RM1700
Handphone Nokia N70           RM  750
Sony PSP2000                       RM   800
External Hardisk Buffalo          RM  300
Handphone Nokia E71            RM  780
Microsoft Xbox 360                RM  900

Jumlah                                     RM5230

Jumlah Pinjaman RM11,000 - Jumlah beli barang RM5,230 = RM5,770

dah macam belajar matematik lak. haaha..ni la antare barang yang aku belanje sepanjang tahun pembelajaran aku selama 3 tahun. Walaupun agak nampak macam membazir, tapi aku cukup berpuas hati. Bile entah nak start bayar and nak habis hutang ni. :>

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...